
Foto Wisma Putra
PUTRAJAYA,8 April — Malaysia menggesa semua pihak memanfaatkan ruang yang wujud susulan perjanjian gencatan senjata antara Amerika Syarikat dan Republik Islam Iran untuk meneruskan dialog ke arah penyelesaian yang menyeluruh dan berkekalan.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Kejayaan ini membuktikan diplomasi kekal sebagai satu-satunya jalan berdaya maju dalam menyelesaikan konflik berpanjangan serta memastikan keselamatan serantau dalam jangka panjang,” katanya.
Malaysia pada masa sama menyeru masyarakat antarabangsa untuk menyokong usaha keamanan berkenaan serta menyumbang ke arah penyelesaian yang adil dan berkekalan demi kesejahteraan rakyat di rantau itu.